ESEI BAHASA MELAYU

Sepatutnya pada hari Sabtu minggu ketiga ini, aku tidak perlu datang ke pejabat. Tetapi ada satu sebab sahaja yang membuatkan aku begitu rajin pada "off day" ini; "Lifting for Production Deck".Dan aku telah "berjanji" dengan Kek Na nak menyaksikannya.

Sebenarnya aku tidak layak untuk jenguk ke "site" pun. Aku bukannya Resident Engineer, Engineer, Welder, Inspector dan yang seangkatan dengannya yang melayakkan aku pergi ke sana.. Dan satu faktor paling penting, aku tidak mempunyai pas keselamatan kerana belum menghadiri "Safety Course". Mereka pesan boleh datang tapi tengok dari "Main Deck" sahaja.

Pukul 6 pagi tadi Kek Na mengirimkan pesanan melalui khidmat "SMS". Petikannya berbunyi lebih kurang begini…

Kek Na : Aza pegi dak?

Aku : Kek Na, takut Kek Na tak jumpa rumah kita la..dan bla..bla..(aku   

         telah memberikan peta menuju ke rumah aku kepada Kek Na

         supaya Kek Na dpt  menjemput aku dengan "Kancil"nya..)

Kek Na : Malas pegi la Aza, ngantuk la..

Aku : Tak kisah.. = )

Kek Na: OK..

Kesimpulannya memang kami malas hendak pergi ke pejabat terlalu awal pagi ini. (Inspector pesan nak tgk Lifting kena sampai opis sebelum pukul 7).

Sesampainya aku di pejabat lebih kurang pukul 8 pagi, aku disambut oleh seorang Inspector. " Ala kesiannya..nak tgk lifting eh..tak jadi la, kren rosak.."   

Seorang lagi berkata, "Mungkin 2, 3 jam ke 2, 3 hari lagi baru boleh Lifting"

Lebih kurang pukul 11 pagi, seorang Inspector melaporkan, " Mungkin pukul 11.30 pagi diorang Lifting..bla..bla..bla.."   

*** Bahasa Inggeris dah la x best sgt, Bahasa Melayu aku pun hancur lebur rupanya..***

: (((

Leave a Reply