Archive for January, 2006

AKU, BOS & CCTV

Monday, January 23rd, 2006

tiba2 aku teringat time belajar subjek Computer for Executive dulu masa kat Melaka (kalo xsilap la).. ada satu bab tu sentuh pasal inovasi teknologi la.. pastu dlm ngantuk2 dengar lecture, aku terdengar lecturer aku bagi suggestion berdasarkan topik that day la.. nak suh finger print time masuk n kuar klas…(yo la kekdg ada yang main tipu2 kan bab attendance nie..tapi aku percaya yang aku tak pernah buat.. nak ponteng biar ponteng dpt tanda X or O..) emmmm..tapi aku pernah sign utk orglain la pulak…

pastu lecturer tu cadangkan pasang CCTV kat dlm klas biar senang nak memantau student yang ngelat2 nie….. haiyaa… aku yang selalu mengelat time belajo dulu mmg la xsetuju sgt dgn suggestion lecturer tu walaupun dia sesaja je bukan bebetul pon.. sebab dia kata "what if….bla…bla…"

Sre_1

^ my boss (SRE) ^

hummm…nape aku nak cite pasal nie pulakkk?? sebabnya skrg nie office hour, bos takde pegi Europe (Rome, Italy, etc..) selama lebih kurang seminggu…

kalo la mmg ada CCTV skrg nie terpasang kat area aku dok ni hmmm…… mestila bos aku dapat bukti yang terang lagi bersuluh..bahawasanya assistant nya yang seorang ini tgh syiooookkkkk… sgt update blog je..sambil2 baca blog org..haiyooo…seminggu nie makan gaji buta je la aku wehhh…cepatla bos balik.. huhu.. nak tolong kek na scan utk final doc punye malas la pulakkk…aritu wat setengah jalan je…(setengah?? tak sampai suku kottt…huhu…)

aku, anim, siti

Saturday, January 21st, 2006

nak balik kampung la walaupun mak bapak kat hospital… saja nak tengok adik cemana kat rumah… esok baru pegi hospital lagipun nak anta baju yang kirim suruh basuh haritu..

anim ada kat rumah balik cuti weekend so lega sikit… boleh la dia tlg tgk2 apa yang kurang kat rumah tu…

hemmm… nak balik ahhh.. lagipun hari tu birthday si siti mak kata sian siti sebab mak takde kat rumah nak buatkan pape utk dia…Anim_aku_ct

anim_aku_siti

h@rI + m=nD=Rm@ + D@r@H

Thursday, January 19th, 2006

hari ni hari menderma darah kat SDE (kat klinik blkg tuu..)

aku tak ingat sampaila REDZUAN HAMDAN called petang tadi..

"aza, kata nak derma darah, jom la pegi.."

"ok, ok.. jom.."

aku dengan kek na pon pegi la ke klinik SDE..

sampai sana, aku cuma tlg isikan form REDZUAN HAMDAN sebab aku dah disahkan tak leh derma sebab tak cukup syarat…huhuhu.. kek na pon tak cukup syarat..

hemm..akhirnya REDZUAN HAMDAN derma darah gakk.. dah dr dulu pujuk dia… sbb dulu2 aku da pernah derma dah… sejak berat tak cukup, tak pernah derma lagi.. nie berat dah cukup tapi…………………………………..

then nurse bagi brochure pasal derma organ, aku pun isi la form.. aku derma buah pinggang sebab nurse tu kata ramai orang melayu tgh tunggu penderma buah pinggang…

pastu aku dapat kad utk derma organ, kena tanya family dulu setuju tak kita derma darah.. kalo setuju, bole la kita derma organ bila kita meninggal dunia nanti… kalo family tak setuju, kad tu kenala dimansuhkan…

hemm.. darah aku jenis A+…

***bIrThDaY cAkEs***

Monday, January 16th, 2006

Cheese_cake1 kek ni utk siti azanisa mohd seran, 18 thn.. happy belated birthday.. (14 January 2006)

  • birthday engko sama dgn munir la.. smlm kat hospital baru aku tau.. jgn nakal2..

yang nie  pulak utk leque Cheese_cake3 (yang tgh pregnant skrg nie..) & raha… happy birthday gak utk korang.. jatuh pada hari nie la… korang share ehh kek ni sbb korang lahir pd tarikh yg sama..hehe…

rempah tumis..

Monday, January 16th, 2006

bapak aku sakit.. masuk hospital sejak jumaat lepas.. aku pergi tengok semalam dengan Linda & Hadi.. tq korang sbb temankan aku..

mak long, cik be & cik nin, cik jah & cikli, maman yok & bibik fid & anak2, mamn cit, cik  nong & cik enal & anak2 ada dtg gak.. hmm.. bila tak berjanji bole terserentak pulak dtg.. dptla jumpa makcik n pakcik yg jarang jumpa…

bapak makin kurus.. makin tak larat..dia kurang darah..makan tak selera.. tiapkali nak gerak mesti mak tolong papah.. sedih betul tgk sbb tak sangka.. badan yang nampak gagah dan bersemangat dulu2, dah jadi mcm tu..  mak kata tiapkali pegi keja n balik keja pun mak yang tlg pakaikan baju.. sekarang bapak dah makin tak larat, mmg banyak bergantung kat mak.. umur bpk baru 49 tahun tapi da nampak tua sgt. Berbanding cik nin yg setahun lbh tua dr dia..mak asik sedih je.. bila aku kol, suara pun da tak semangat.. mak, tabahlah.. aku tak cukup kuat kalau mak tak kuat.. tapi bila aku kol mak,  mak selalu pesan, jgn pikir sgt.. takde pape.. bpk ok..

sblm nie da masuk dah… tapi bapak tak tahan dok hospital lelama..suppose amik air tulang belakang bulan lepas tapi bapak takut..so, dia try ubat traditional way pulak..aku pun byk dgr cite negative pasal air tulang belakang..  mmg takut bila dgr..Cuma ada sekali aku baca cerita positif di sebalik amik air tulang belakang nie..tak ingat bila..maybe time skolah dulu kat majalah ala2 kesihatan.. smlm pun Hadi bagi komen positif pasal tu.. aku lega sikit..sbbya aku da tanya mak.. mak kata mungkin confirm buat hari ni atau esok.. aku Cuma mampu doakan bpk je.. harap2 dapat kesan apa sakit dia yang sebenarnya.. seterusnya dpt la cari the best way  untuk terus sembuhkan bpk..

adik2 kat kampong tnggal 4 orang.. kebetulan 2 org tgh cuti semester, 2 org lagi baru abis SPM.. korang, pepndaila jaga diri bebaik.. kdg2 mmg terserabut gak otak dgn adik2 nie.. tu baru adik.. blm anak aku sendiri lagi.. patutla kdg2 mak ayah mkn ati dgn anak2.. seribu satu mcm hal

kan

..

aku kena keep calling adik2 aku from time to time.. aku risau.. lebih2 lagi sorang je ppuan kat rumah tu si siti azanisa mohd seran.. dah la slalu kena buli dgn adik2 lelaki aku…. dah la minah sorang tu sensitive sket.. smlm aku telefon,dia nangis2..sibuk nak ikut aku balik pasir gudang.. “akak, kita nak ikut akak…huhuhuhu..” adusss………. Sebagai kakak yg ala2 mithali semalam, kenala aku bagi sepatah dua kata buat penyejuk ati dia….sbnrnya hati aku terusik gak..huhuhu.. nmpk je “garang” si siti tu dgn aku & anim..kdg2 kerek (kuat merajuk pulak tuu..) dgn kakak2 dia nie…. tapi bila kena buli dgn yang lelaki… ha melalak la dia..last2 kakak2 la jadik tmpat dia mengadu nasib… (psssttt..masa kecik dulu dia kuat mengadu tau dgn mak aku kalau adik2 lelaki aku nakal2… J)

adui.. umur je dah tua adik2 aku nie..yang kat umah tu 17-21 tahun…tapi..alahai memasing… aku da warning diorg jgn nak mengadu pape dgn mak.. ada yang aku karate nie karang.. dah la mak risau kat hospital tu.. dia pulak bercakar kat rumah..rasa mcm nak balik kampong tgk adik aku mcm mana.. tapi bila aku pikir balik, biarlah diorang belajo berdikari sikit… hmm..adik…adik…racun & penawar..

Bpk_mak_me_nenek_anim_ajo

“aku yang kejiwangan”

Friday, January 13th, 2006

Us

Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

>hAppY neW yEaR<

Monday, January 2nd, 2006

selamat tahun baru 2006.. buang yang keruh amik yang jernih..

huhu. tapi nie cerita yang keruh…huhuhu..

hari nie aku taktau nak balik dgn sape.. dia da balik awal2 tinggalkan aku.. sbb ada English Class malam nie pukul 830 kot.. (yang sebenarnya aku kena tinggal sebab aku cari pasal..hemmm.. akuuuuuu…. jugakkkk…) yela, dia memang tak pernah salah.. yelah, orang yang nak menumpang kenala jaga hati orang yang nak ditumpang.. dah tau nak menumpang jangan la nak kerek2 pulak.. hmmm…

hmmm.. ada lagu nyanyian In Team tu " Nur Kasih" telah ditujukan kepada aku dengan penuh ke"excited"an sebab siap create power point presentation lagi utk aku.. malang si lebai malang… "member" tu merajuk pulak lepas benda alah tu di"pass"kan ke tangan aku.. alahai.. fragile nya hati "member" tu.. gua tensen seii.. kalo orang lelaki "merajuk" dengan gua nihhh.. puncanya, aku buat dono je lps dpt benda tu.. habis tu, dah aku tak sempat nak tengok sampai abis… salah aku ke?? nak amik nafas pun tercungap2 tau that day..sekejap2 kang bos teriak nama aku walaupun bilik aku tak sampai semeter dari bilik dia… inikan pulak nak tengok presentation tuh.. aku bukan tak suka.. mestila aku suka.. dia pulak tu yang bagi.. tak sangka pulak dia bole jadik romantik sikit time tu.. :) :) :)

hemmm.. nasib aku la.. ada orang nak bermanja2, aku pulak mcm tunggul kayu balak time tu.. :( :(

hmmm.. pastu dia kol.. hangin tak hangin le dia bila aku kata aku tak tgk lagi.. abis nak tipu?? lagi hangin tak?? kang dia tanya lelebih kang opinion aku ke apa ke.. aku ni pun jujur sgt kalo bagi opinion tu… tak reti la pulak nak tipu2.. hmmm… lagi la kantoi karanggg…hmmm…

penat nya.. aku ni.. asik ngeluh je la.. bila masa aku tak mengeluh pasal dia nie.. tak sampai 3 hari aku mesti bercakar dengan dia lagi.. aku dah tak boleh sabar sangat dah sekarang nie.. orang kata ppuan kalo marah sebab "penyakit bulanan" datang.. tapi aku nie da tak kira hari penyakit ke tak penyakit ke.. mesti aku nak berasap kepala je dengan dia ni la.. geram seiii…

dah kenapa aku nak cite pasal dia je nie.. mmg la, tengah geram..hisshhhh… rasa nak wachaaa.. je dia 100 kali… berdenyut2 urat saraf aku nie bila terfikir pasal dia sekarang nie.. ya Allah, sabokan la aku nie…

letihla.. benda2 bodo pun jadik isu.. so, sebagai penutup kata, kat sini aku share lagu "Nur Kasih" yang aku terasa mcm "touching" sgt aritu.. b4 this mmg tak pnh amik pot pun dgn lagu nie.. bila dia tujukan kat aku, tersentuh la hati keperempuanan aku nie.. huhuhu… tapi sekarang???

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih

Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata

(Mekar hidup ini disirami nur kasih)

Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya

(Mekar disiram nur kasih)

huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu………………………………

cepatla sejuk…..(dan jernihhh..) huhuhu..