Archive for March, 2006

FORGET YOUR PASSWORD??

Saturday, March 18th, 2006

huhuhu…

aku tak pernah hilang ingatan begini teruk sekali!!! sejak beberapa hari lepas, dah banyak dah tanda-tandanya….tapi yang terjadi semalam memang betul-betul menyakitkan otak aku…

aku lupa log-on password  pc aku….uwaaaaa….camana nak buat keja niee…

lagi satu, dah enak-enak dok atas kerusi sambil membelek-belek timbunan atas meja, baru teringat yang aku tak fingerprint lagi..haiyaaaa..wei shenme??

pepagi dtg keja pada pagi jumaat yang indah permai tu, aku on la pc, pastu password will expire lagi 12 hari, pastu aku pon tukarlaa…ntah nama makhluk asing planet mana ntah yang aku letak gamaknyaa…aku da try berpuluh2 nama dah…

aku pelik nie, camana aku boleh lupa…

maybe sebab banyak sangat berfikir kot, nak ngadu dengan wan bukan dia boleh terima bab2 lupa & cuai nih…sediihhh….padahal puncanya ialah kerana i think too much tau sumer bnda yang bersangkut-paut-kaut-laut dengan dia…aku bukan lebih-lebih tapi dah nak terfikir nak buat cemano!! aku taknak fikir pasal dia sangat tapi ntah laa…ishhh….syuhhh..shyuhhh….tepilaaa..

dahla banyak kerja sekarang nie, tu yang tambah sarat kepala otak gueh dong, koyo dihempap batu lesung nie!!

pagi isnin karang terpaksalah call IT dept, mintak tolong farah or pian or faisal or sesape lah…huhuhu…

"ko kenapa za, macam banyak masalah je, sampai jadik pelupa nie… ko taknak cerita dengan aku, aku tau ko ada masalah…."

aku cuma mampu tersengih kambing mendengar kata-kata tersebut…huhuhu…

i need a shoulder to cry on…huhuhu…

Wan, wo yao da ni !!!!! dish, dish, dish!!!!!

ini adalah cerita tentang semalam

Thursday, March 16th, 2006

ini adalah cerita tentang semalam…

semalam boss baru masuk office setelah seminggu dia pergi KL…

semalam hari makan soto…

semalam isteri abang din yang masak…sedaaappp…

semalam ada lebih mihun yang telah dicelur…so saya bawak balik rumah, konon2 nak masak…(poyo jee…)

semalam mereka mintak saya masak mihun goreng sebab kemain banyak mihun lebih tuh, hehehe..tapi, saya liatla nak bangun pagi semata-mata nak buat sarapan…huhuhu…kalo mood tgh tak ok baru boleh bangun pagi2…hehehe..sebab mlm2 mimpi ngeri so tidur pun tak lena…hehehe…

semalam saya mintak tolong abang ashfari burn something dlm cd…terima kasih daun keladi bunting…

semalam saya pergi makan Marrybrown kat Kip Mart, Masai…tgh promote value meal dia, satu set RM5 (tapi tak masuk tax lagi lah kan…)…Wan order set nasi ayam, saya amik set lagi satu tuh..ape ekk lupa pulak, sebab dah terbau nasi tomato kat meeting room nie, perut pun dah rengek2 kelaparan… lepas tu Wan tak abeskan nasik dia, saya lah yang terpaksa rela habiskan..hihi…

semalam saya ngantuk sangat balik dari Masai, tapi bila balik rumah tengok Linda tgh nak buat cekodok bilis, alamak, teringin pulak nak rasa, jadi saya pesan kat diorang, "kejut kita 3kali eh, kalo tak bgn tu maknanya…." belum sempat habiskan ayat, si Ila menyampuk, " maknanya tak nak cekodok lah tu…hahaha.." lepas tu lebih kurang pukul 10.30, terdengar ada suara panggil nama saya tiga kali, laju-laju pulak tu.."kak za! kak za! kak za!"…hahahaha…nasib baik jenis cepat sedar, so dapatla merasa cekodok bilis Linda sambil nonton America’s Next Top Model…(padahal tak pnh layan rancangan ni pun…yang menang ialah Nicole..)

Tinggal_sejarah

saki-baki soto semalam

Saki_baki_soto gambar soto sebelum habis kesemuanya masuk ke perut mamat tersebut…

the cuppycake song (dinyanyikan pada waktu-waktu kehilangan sedikit kewarasan)

Friday, March 10th, 2006

You’re my Honeybunch, Sugarplum

Pumpy-umpy-umpkin, You’re my Sweetie Pie

You’re my Cuppycake, Gumdrop

Snoogums-Boogums, You’re the apple of my eye

And I love you so and I want you to know

That I’ll always be right here

And I love to sing sweet songs to you

Because you are so dear!

Photo

balik kampung, kenduri kesyukuran…

Tuesday, March 7th, 2006

Sepupu_sepipi_105

Sepupu_sepipi_092

Sepupu_sepipi_102

bapak saya dah keluar dari hospital… pak teh bawak mak & bapak saya balik kampung nenek di parit bengkok, batu pahat, johor.

rumah nenek yang dulunya dikelilingi pokok getah dah ganti dengan kelapa sawit pulak sekarang nie…parit pun dah penuh dengan rumput-rumput..

sangat seronoklah sebab macam dah lama tak balik kampung nenek… yang paling best, merasa semula makan nasik ambang yang best…bukan yang bungkus-bungkus macam kat pasir gudang nie…(kalo nenek, makcik & mak mesti sebut nasik ambeng)… best… tapi tak sempat nak snap gambo yang kat dalam dulang beso… sebab baru nak ambik kamera kat bilik, rupanya org dah start majlis dah… jadi, kami ambil keputusan buat "mini ambeng"…(buat kat dalam dulang kecik, makan untuk  4 org yang seleranya kecik jugak kecuali ada sorang yang selera beso sikit..hehe..)…

dalam satu dulang ada nasik, dikelilingi urap @ keluban (hmm..kalo biasa mkn tau la cemana rupanya…kalo org utara punye kerabu la namanya, tapi utara guna santan kan ekk, kita guna kelapa parut utk gaul ulam-ulam tu), sambal goreng, mihun goreng (apa-apa mi pun boleh kot, ikut suka la), ikan kering bulu ayam yang digoreng dengan tepung & serunding kelapa yang diletak ditengah-tengah nasik pastu ayam masak kicap tu letak atas serunding…humm..sedapnya teringat-ingat sampai sekarang…

Sepupu_sepipi_030

hum…lagi satu happy sesangat sebab dapat berkumpul dgn adik-adik sepupu dan dua pupu yang comel-comel belaka…keletah mereka yang sangatlah menghiburkan hati…so terlupa sekejap masalah-masalah yang memberatkan bahu dan otak…

pernah minum sirap bandung special? sirap + air masak + gula secukup rasa + susu cair + ais krim soda + ais secukup sejuk = sirap bandung yang sedap sangat, minum waktu cuaca panas… masya Allah, sedapnya…buat sendiri pulak tu…bukan setakat hilang haus, suara pulak naik serak sbb melantak ais…

Sepupu_sepipi_047