balik kampung, kenduri kesyukuran…

Sepupu_sepipi_105

Sepupu_sepipi_092

Sepupu_sepipi_102

bapak saya dah keluar dari hospital… pak teh bawak mak & bapak saya balik kampung nenek di parit bengkok, batu pahat, johor.

rumah nenek yang dulunya dikelilingi pokok getah dah ganti dengan kelapa sawit pulak sekarang nie…parit pun dah penuh dengan rumput-rumput..

sangat seronoklah sebab macam dah lama tak balik kampung nenek… yang paling best, merasa semula makan nasik ambang yang best…bukan yang bungkus-bungkus macam kat pasir gudang nie…(kalo nenek, makcik & mak mesti sebut nasik ambeng)… best… tapi tak sempat nak snap gambo yang kat dalam dulang beso… sebab baru nak ambik kamera kat bilik, rupanya org dah start majlis dah… jadi, kami ambil keputusan buat "mini ambeng"…(buat kat dalam dulang kecik, makan untuk  4 org yang seleranya kecik jugak kecuali ada sorang yang selera beso sikit..hehe..)…

dalam satu dulang ada nasik, dikelilingi urap @ keluban (hmm..kalo biasa mkn tau la cemana rupanya…kalo org utara punye kerabu la namanya, tapi utara guna santan kan ekk, kita guna kelapa parut utk gaul ulam-ulam tu), sambal goreng, mihun goreng (apa-apa mi pun boleh kot, ikut suka la), ikan kering bulu ayam yang digoreng dengan tepung & serunding kelapa yang diletak ditengah-tengah nasik pastu ayam masak kicap tu letak atas serunding…humm..sedapnya teringat-ingat sampai sekarang…

Sepupu_sepipi_030

hum…lagi satu happy sesangat sebab dapat berkumpul dgn adik-adik sepupu dan dua pupu yang comel-comel belaka…keletah mereka yang sangatlah menghiburkan hati…so terlupa sekejap masalah-masalah yang memberatkan bahu dan otak…

pernah minum sirap bandung special? sirap + air masak + gula secukup rasa + susu cair + ais krim soda + ais secukup sejuk = sirap bandung yang sedap sangat, minum waktu cuaca panas… masya Allah, sedapnya…buat sendiri pulak tu…bukan setakat hilang haus, suara pulak naik serak sbb melantak ais…

Sepupu_sepipi_047

One Response to “balik kampung, kenduri kesyukuran…”

  1. Nana Says:

    ayah kita pon br balik hospital…
    sedih kan kalo dorg takde…

Leave a Reply