Archive for April, 2006

HARI MALAS SEDUNIA (SEBAB MR SZ BALIK KL)

Friday, April 28th, 2006

Boss on leave hari ni… sebab dah 2 minggu tak jumpa bini (ni dia yang kata eh, aku quote jek)… Hari-hari dia bergayut dengan anak-anak & bini dia, waaahhh, bapak penyayang…sekejap kang cakap dengan anak bongsu, kejap kang dengan anak sulung….huhuhu, jeles, nak anak gak!!!

Oleh sebab Boss tak ada so, memang tahap motivasi bekerja pada hari Jumaat yang berbahagia dan cerah ini menurun ke tahap paling bawah sekali, sebab seingat aku, aku cuma update some files jek pastu e-mail kat kak aidah, KLCC… itu pun sebab dah urgent, so dengan sepantas kilat aku buat…lepas tu kejadian seterusnya tak terakam pulak kat otak aku ni…

Lepas tu pulak aku SAKIT GIGI yang amat ni!!!!!!!!!!!!woooooo…tolonggggg!!!! gigi bongsu belah kanan bawah nak tumbuh tuuuu…huhuhu..nak makan punyalah siksa, tapi terpaksalah makan gak sebab nanti kesian la perut, lapar karang dia… kepala pun berdenyut-denyut ni tahan sakit, kalau tak tahan aku MC la esok… leher pun macam rasa tegang jek ni… tapi ada la sorang tu yang buat-buat tak paham bahasa, lagi nak memainkan aku ehh…ada yang kena penampar jepun karang kalau silap timing…

Tak lama kemudian, Ina (Skynet JB) telefon, diakata, suruh aku faks Shipper’s declaration untuk barang yang aku nak hantar ke Sabah tu…Eh, kelmarin aku hantar parcel lagi besar tau tapi guna perkhidmatan Citylink la, ke Sabah jugak, tak suruh declare papepun…hummm…agaknya memang procedure Skynet macam tu la kottt…takut tah anto bom ke apa…aku manala tau, aku bukan kerja kat sykt courier service…dipendekkan serita aku pun fax ajelah ke nombor faks yang Ina tu bagi, ntah sape Ina tu bukan aku kenal pun…hehehehe…hummm…harap-harap barang tu sampai la sebelum esok ke tangan orang yang aku tujukan…kalau tak, lambat lagila dia nak merasa pisang montel kuning dengan kuih koci berbalut daun pisang hijau tu…hehehehe…

** ada ke dia marah aku, dia kata aku buat cerita pasal parcel tu, memangla, konon nak surprise tapi aku takut la pulak karang tak sampai kat dia, aku pun buat la cerita konon2 ada kawan dia kirimla, dan barang itu ialah, pisang montel kuning dengan kuih koci berbalut daun pisang hijau…hahahaha…

** tapi dia tak percaya, so aku pun beritahulah perkara sebenar…akulah org yg bagi, barang nye ialah T-shirt kaler kuning dan hijau…hihi…

Aduhhhh, makin pening kepala aku ni la, nak abiskan setandan sebiji pisang ni pun tak larat laaahhhh…aduussss…nak tidur….

hummm…tak sabar nak tunggu hari esok, nak balik kampung!!! nak jumpa mak bapak & adik2 aku yg gonjol tuh…hehehe…

APAKAH TAJUKNYA??

Thursday, April 27th, 2006

dah tak tahu dah nak merepek apa, tapi gatal lah tapak tangan nie nak menaip  kat sini… =P

Img_3147_1

"selalu xdpt amik gambo sama dia sbb kalo kuar dua org, sape yg nak jd cameraman…"

salam perpisahan…

Wednesday, April 26th, 2006

hari ni, hari terakhir kekna kat office ni… dia dpt better offer, not sure kat mana…

kekna tu sungguh misteri…walaupun nampak macam happy go lucky tapi banyak benda yang dia sembunyikan…humm…hanya Allah ajelah yang tau apa yg tersirat di sudut hati dia…

contohnya, pasal dia resign ni, dulu ada dia sebut sekali dia kata dia nak berenti, aku pun masuk telinga kanan, kuar telinga kiri ajela, sebab diakata dia xmo kecoh2 pasal tuh…

tup2 hari isnin, boss announce dia nak berenti…pastu segeralah organize farewell party untuk dia… pastu semalam sazri pegi cari hadiah, pastu pagi tadi selepas kekna bagi ucapan, dan ucapan balas oleh kak roslina, kami (kaum perempuan) pun bersalam-salaman, berpeluk-pelukan dan bertangis-tangisan…

semoga kekna berjaya dan berbahagia di tempat baru… =)

berangan je lebih!! (ntahpape!!)

Monday, April 17th, 2006

hummmm…bosan seyyyy…

baru lepas telefon redzuan hamdan nun di sabah…rindu? itu sudah semestinya…

hummmmmmm… jenguk-jenguk laman web pengantin sekejap…alahai…cantik-cantiknya…semuanya…pelamin, hantaran, bilik tido, macam-macam pakej…nak murah nak mahal…waaaahhhhh…bole tambah rabun dibuatnya…

huh! berangan lebih!!! =P

cukuplah kalau dapat berangan buat masa sekarang, kalau nak yang lebih-lebih kenala kerja keras sampai demam, OT tiap-tiap hari, pastu puasa, takpun cari keja lain yang lagi masyuukkk gajinya… tapi macam sayang jek duit ekk… (kedekutnya zahidah mohd seran ni!!)…eh, memang betul apa… dulu pernah sekali pergi rumah kawan kawin, pastu dia boleh pulak mengeluh time tgh disolek tuh, dia kata sekelip mata duit abis yang disimpan berbulan-bulan…

nak cari lelaki kaya raya supaya dapat apa yang aku nak? ooohhhh…no no no…saya fobia dengan lelaki kaya(eleh macamlah ada org kaya raya nak kat engko…muahahahahahahahahahahahahhahahahahahaha…)

orang kata kahwin tu nak sekali je seumur hidup, so buat la grand2 sket utk kenangan sampai hari tua…tapi, aku macam malas nak fikir semua tu laaa… kesian kat bakal pengantin lelaki sebenarnya…hehehe…

redzuan, berangan tak salah kan…

weh, dah kenapa aku cerita pasal kawin-kawin ni…hmmm…termiang pulak tiba-tiba…

sudoku puzzle

Friday, April 14th, 2006

hari ni aku belajar benda baru, aku pun dah check sape yang cipta benda tu tapi aku lupa, hahaha..sebab baca sekali lalu jek…

benda baru yang aku belajar daripada syahiid pagi tadi ialah sudoku puzzle…sape pernah main taulah, tapi memang buah cempedak di luar pagar, saya budak baru belajar…hehehe… level yang paling senang pun, sampai saat aku tulis blog nie, aku belum pass lagik…hummm…aku dah print beberapa keping, nak pulun kat rumah…kalau berjaya selesaikan tanpa bantuan sesiapa especially syahiid, aku hadiahkan diri aku sendiri, pekena hawaiian chicken pizza & spaghetti bolognese kat pizza hut…hihihi… ; P

sudoku puzzle ni mencabar minda sikit…selama ni asik buat benda yang mencabar emosi jek, hehehe…lama2 tumpul otak gueh…hmmm….sambil layan lagu2 nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad, aku pun main try2 jek la sudoku tuh…

thanks to syahiid sebab ajar aku that sudoku…dapatlah hilangkan boring bila bapaknya SRE tu asik buat aku penin…hehe…(walaupun ramai yang tak suka dia tapi aku boleh plak ter"ngam" dgn dia…pelik bin ajaib betullah…hmmm…selagi dia tak menyakiti hati body aku, bolehla get along dengan dia…hahaha…)

oklah, kepada sesiapa yang nak berkenalan , bolehla try jenguk-jenguk website ni;

http://www.websudoku.com/

http://www.sudoku.com/

http://www.sudokufun.com/

selamat mencuba!!! = )

p/s: sape2 yg dah terror, boleh tlg ajar?? hihi…

Sudokupuzzle

kau pergi jua…

Monday, April 3rd, 2006

"kau pergi jua (ke sabah…), setelah cintaku ini membara…."

hari ni wan dah ada kat kl, kena pergi survival course dulu pastu end of this week pergi labuan, sabah, kontrak dia 6 bulan, pastu kena pergi offshore…lamanya aku tak jumpa dia nanti… hum, tak taulah dalam masa 6 bulan tu dia ada balik tak…kalau tak balik? aku reti rindu jugak, hehehe…

hum, kenala belajar menjauhkan diri (opppsss…berjauhan…)… nanti dah kawin tak lah terkejut…(hihi..poyo je cakap kawin2, gatai!!!…) sebenarnya memang sedih dia pergi sana… tapi redha & tawakal je…sekarang aku dah matang sikit(??), so taklah nangis hentak2 kaki kalau dia pergi jauh…hehe…dulu aku pernah tak bagi dia pergi terengganu (ni masa awal2 dululah, time kemaruk bercinta dulu…huhu…)…alah tapi dia tak de pun beria2 time tu, aku halang, dia angguk je, sajalahtu nak ngetest aku… ;P

tapi sekarang? sukatilah labu…

= P

*************************************************************************************************

en mat zin, saya keseorangan…

lah, kenapa?

wan pergi sabah…

ooo…saya pun tak jumpa dia, bila pergi?

sekarang kat kl dah…nanti baru pegi sabah…

ha, nanti kena pegi offshore lah tu…

haah…

sedangkan lautan api sanggup direnangi, inikan pulak lautan air…

tapi kalau tak reti berenang??…

kalau tak reti berenang ye hanyut…

huhuhu…