salam perpisahan…

hari ni, hari terakhir kekna kat office ni… dia dpt better offer, not sure kat mana…

kekna tu sungguh misteri…walaupun nampak macam happy go lucky tapi banyak benda yang dia sembunyikan…humm…hanya Allah ajelah yang tau apa yg tersirat di sudut hati dia…

contohnya, pasal dia resign ni, dulu ada dia sebut sekali dia kata dia nak berenti, aku pun masuk telinga kanan, kuar telinga kiri ajela, sebab diakata dia xmo kecoh2 pasal tuh…

tup2 hari isnin, boss announce dia nak berenti…pastu segeralah organize farewell party untuk dia… pastu semalam sazri pegi cari hadiah, pastu pagi tadi selepas kekna bagi ucapan, dan ucapan balas oleh kak roslina, kami (kaum perempuan) pun bersalam-salaman, berpeluk-pelukan dan bertangis-tangisan…

semoga kekna berjaya dan berbahagia di tempat baru… =)

Leave a Reply