jumaat, sabtu, ahad (+ isnin)
jumaat
balik lambat gila…sebab ada hal yang tak dapat dielakkan (ececececehh, ada hal konon…), tapi tak ada orang tahu kecuali pak guard kot…sempatlah menjelajah banyak sikit blog…salah satunya, http://dugongsenyum.blogdrive.com
sambil baca, aku share dengan syahiid (nama panggilan sebenar) beberapa petikan cerita dugongsenyum tu thru ym, hmmm…aku dpt dugongsenyum tu dari blog elly…
aku beritahu syahiid, dugongsenyum paggil wife dia "awek aku."
humm pada aku ..panggilan @ gelaran tu does matter kan?
sebabnya, somebody pernah gelar awek dia, "makcik aku" bila berborak dengan member dia…terasa macam something yang tak best bila digelar "makcik", macam kepoh, kuat bebel, kuat jeles, suka menyibuk, poyo…
" aku dengan makcik aku nie…"
"aku pinjam hp makcik aku nie…"
"aku nak dating dengan makcik aku ni…"
tapi agaknya bila lama-lama awek dia dah macam "baik sikit", barulah dia panggil awek, awek, awek…kdg2 panggil bini, takpun org rumah…huhuhu… rasa macam dah berkahwin sebelum berkahwin…
sekarang, "tunang aku, tunang aku…"
errrrkkk…
sabtu
oleh sebab tidur lambat sebab mengumpat banyak sangat, so bangun pun lambat…
aku ada class arini, sepatutnya pukul 12, tapi org tu lambat sampai untuk jemput aku sebab miscommunication kat admin dept dia…hummm…panas hati gak, tapi sabar je lahhh…masa handphone tak boleh guna ni la macam-macam hal yang terjadi…terpaksa pinjam handphone linda…
bas gml line, pasir gudang-masai-larkin
tambang rm3.50, air-cond.
dalam bas, budak-budak kecik dalam lingkungan 11-12 tahun, baru balik sekolah kot…, dok seat belakang sekali "menyumbangkan" suara nyanyi lagu radja…
takkan melupakanmu, jujur…
tinggi betul keyakinan diri bebudak ni perform dalam bas ekkk… tak macam aku kecik-kecik dulu, malu-malu kucing, malu-malu kambing…alahaaiii…
bas johor super, larkin-kluang
tambang rm7.50, air-cond. gak
tidur, tidur, tidur…
bas ss international, kluang-kota tinggi
tambang rm2.90
sampai felda ulu penggeli, kluang, johor darul takzim pukul 730 pm…
***
keluarkan majalah nona, pengantin & buku sulaman & jahitan manik idaman mak dari dalam beg…
"akak, selalu kan mak kan pepagi dah study majalah-majalah lama tu…excited…" anim kata…
"hehehe…" aku sengih macam kerang busuk…
ahad
melepak, malas, baring, santai…
iwan called…
lepas tu iwan nak cakap dengan mak kita… (biasalah mak kita best, asik ngaku mak dia jek best , baru dia tau betapa bestnya mak kita, sekali bergayut, rindu nak bergayut lagi)… ;P
lepas habis borak dengan iwan, mak buat pengumuman, "iwan meriang, "
muahahaha…adik-adik aku & aku sekali gelak…
meriang bukanlah sama dengan riang yang bermaksud suka @ gembira @ happy, tapi demam dalam bahasa jawa…hehehe…
"hihihi…mengadu dengan mak mertua…"
"alalala…nak manja-manja…"
begitulah komen adik-adik saya…=P
pinggang 27"
mak amik ukuran badan aku, nak buat baju…
mak kata, eh kak, lebar gak pinggang ko ekkk…rangka beso…
tu la, nampak macam papan lapis (bak kata housemate), tapi pinggang lebar pulak…
isnin
syahiid bagi e-mail bertajuk tips rumahtangga…
ZA,
klu ko baca kat bawah ni, mungkin ko akan faham naper dugong senyum panggil wife dia "awek aku".. nanti ko bagi feedback tau..
aku pun bacalah, nice topic pasal rumahtangga, petua-petua isteri nak mengikat suami supaya sentiasa lekat di hati dan lekat di rumah, yang disampaikan dengan ayat-ayat yang tak memboringkan, ada sikit unsur humor tapi kalau diamalkan dengan yakin, insyaallah, takdelah kes madu dua, tiga, empat, errr..lagi satu..misyar…huhuhu…
aku pun dah reply e-mail syahiid…
aku tgh update blog, boleh pulak encik syahiid tersebut dtg tmpat aku nie, dahla mmg aku tgh mention nama dia nih…crettt…
dengan malu-malu anak kucing, aku pun bagila dia tgk sepintas lalu, seminit dua lepas tu, aku send blog address aku kat dia via ym…
hmmm..asik nak melepaskan gas jek la pepagi ni, makan tapai ubi banyak sgt kot…
June 19th, 2006 at 5:28 pm
hehhe…
zahid pon leh panggil iwan..
“uncle”..
kuehehehehhehhe..
June 19th, 2006 at 5:38 pm
eh, kita cerita pasal iwan ehh? hahahahaha…
nana ni, kenapa tahu pulak…