Jalan-jalan cari pasal…
Hari ni rasa penat betul
Betul-betul penat
Padahal malam tadi akulah juara tidur…huhu…lepas solat isyak terus pengsan sampai pagi…dahsyat betul…
Padahal bukannya aku yang memandu Myvi hitam tu…
Seronok dapat jumpa kawan-kawan sekolah. Jumpa kawan-kawan lama satu terapi gak…terapi hilangkan tekanan…tiap-tiap hari jumpa orang yang sama dan buat rutin yang sama, bosan juga…
Kawan-kawan lelaki, kebanyakannya sihat walafiat…lambang kemakmuran…
Yang perempuan, ada macam-macam lambang…
Sabtu majlis kawin Anim
Ahad, majlis Suhaina & Kam (kawan Yus) masa Politeknik…
Masa naik Myvi CIK Yusliza, kelakar betul..tiap kali langgar bonggol-bonggol, kecil atau besar, Yus mesti minta maaf…hehe…
Padahal aku tengok dia yang ngilu perut, bukannya aku…haha…
Masa pergi Felda Lock Heng Timur, aku, Yus & Rini (kawan Yus), menyombong tak nak makan nasi kenduri…kononnya kenyang la…
Akibatnya dalam perjalanan balik, perut berdondang sayang kelaparan…Yus singgah tepi jalan beli pisang goreng dan air tebu. Untuk aku, air special sikit…Rupa macam air lai ci kang cair, tapi rasa macam cendol…
Aku hirup sampai habis air yang pelik tu…
Akibatnya pundi kencing terasa penuh sebelum selamat sampai ke rumah Yus…
"Ko boleh tahan tak Long?"
"Boleh kottttt…"
Jadi, bila sampai Kampung Jawa Pulai Sebatang, barulah dapat melepaskan hajat kecil…
Lebih kurang tiga minggu aku tak selera makan, tapi bila pergi Pontian, seronok pulak makan…kadang-kadang terasa macam mengada-ngada, tapi memamg itulah yang aku rasa…
Lebih-lebih masakan mak Yus yang aku rasa sedap sangat di tekak aku ni…
"Long, entah apa rasa lah makcik masak ni…main campak-campak aje…"
Tapi sedaplah…
Bila aku balik sini pagi tadi…terus tekak aku mengada-ngada balik…
Aku tak selera makan semula…huhu…
Masakan mak siapa yang aku kena makan lepas ni…haha…
May 28th, 2007 at 12:11 am
kita pun dh bz g kenduri kawen kekawan
maklumlah dh cuti sekolah
byk la kenduri masa2 cam ni kan
kenyang perut!!! bluuurrrppppp…
alhamdulillah..
May 28th, 2007 at 12:13 am
lagi satu..sila update address blog saya
http://nurnana.wordpress.com
June 22nd, 2007 at 5:38 am
cik jgn minum air tebu ok.. tebu tajam.. jgn tau.. igt tu..
July 5th, 2007 at 4:42 am
owh.. aritu aku tak abis bace.. air laicikang… rse cendol.. hahahahaahhaah ok2
July 6th, 2007 at 2:04 am
haaaa..akhirnye boleh jugak aku reply comment….
tapi tak teringin pulak minum air tebu tu…
syg kat baby ni…ehehe…
August 1st, 2007 at 12:36 am
oi!!