platform tour + photo session…

June 15th, 2006 by aza27

Aa Azaayu Aza_ayu

Dsc00505 Dsc00512

Dsc00531 Dscn0859

Dscn0827

akhirnya tercapailah cita-cita nak menjejakkan kaki ke platform Sumandak-A…mula-mula sesi bergambar reramai, lepas tu terdengar suara, "eh, jom naik platform…" so, walaupun aku gayat dengan ketinggian tapi gagahkan diri aje la, kalo tak, sampai bila pun aku tak naik benda alah tuh… dengan penuh kepoyoan, kat setiap level bergambar…seronok tapi penat gila rupanya bila balik office, rasa macam nak tertidur dibuatnya, lepas tu lapar dia lain macam skettt…hihi… walaupun seram, tapi yang pentingnya memang tak serik nak jejakkan kaki kat atas tu… =)

huhuhu…

June 13th, 2006 by aza27

Huhu

            

gambar sebelum (11:00-11:30)

Pic11261

gambar selepas (11.31-sekarang)

jumaat, sabtu, ahad

June 12th, 2006 by aza27

jumaat, 09-06-2006

mechanical completion date (MCD) for EPCC of Sumandak-A Development Project (topside). sibuk la sikit, lepas tu nak siapkan preparation untuk esok pulak, hummm…time busy ni la ramai betul jadikan aku ni wanted person… tak senang duduk dibuatnya…lari sana sini, naik turun tangga, patutlah berat makin turun walaupun makan kemain banyak…apa nak buat…

Mcd

MCD achieved on 09-06-2006

sabtu, 10-06-2006

host tie in & hook-up commissioning away day di sofitel palm resort…

05:00

jadik org rajin, awal sey bangun… nak pegi seminar punya pasal…

golek2 dulu, berangan, belek sana belek sini, kemas2 barang, mandi, bla3x…

06:31:27

ayu call, gerak dari rumah…

singgah kat petronas pasir gudang (lokasi sebenar dirahsiakan, =P), ayu nak kelurkan duit dari atm machine… pastu aku pun berangan nak beli sarapan, lepas tu dgn confident aku pergi kat pintu kedai mesra petronas tuh, "aik, takleh buka pulak?" hum..lepas beberapa saat, baru perasan, bermangga, berantai dan berkunci lagi rupanya pintunya… malu jugak, tapi arghh…selamba sudah… patutlah orglain terpacak je kat luar tepi keta memasing…ade lah bnda nak digelakkan time2 ngantuk pepagi ni…orglain sedap2 lagi tidur kat rumah…

hum, in connection to cerita di atas, teringat teka-teki yg agak pak pandir sikit…

pintu apa yg tak leh tolak?

jawapan yg tukang cipta teka-teki bagi: pintu yang ada tulis "tarik"

jawapan aku: pintu kedai mesra petronas pada pukul 06:30…=P

07:00 - 07:15

sebenarnya memasing tak tau jalan ni, main redah jek la nak gi senai ni, nama je memasing org johor…hum…kol sana kol sini, msg sana msg sini, last2 termasuk tol kulai…

tu la, dah kata tadi, masing2 sedap tido lagi pada hari sabtu yang berbahagia ni…

lepas tu cari signboard senai selatan, sebab ada sorang hamba Allah kata masuk senai selatan… cari punye cari, eh, dah tiba senai utara la beb… tu yg termasuk ke kulai tuhhh…crettt…

last2, cari jek jalan sendiri, akhirnya tibalah kat hotel tu…setelah melalui jalan yg penuh mendebarkan, sebab takut sesat lagi, mklumla, jadik sekretariat, lambat pulak karang tiba sana…

07:45 - 07:50

sarapan pagi…

posing sana posing sini…

08:00 - 15:30

penuh kebosanan dan kesengalan…

sempat "curi" kuih lebih org muamalat yg buat seminar kat bilik sebelah punye (sebenarnya bukan curi, dia dah offer tapi kita malu-malu tapi mahu..:P)

sedap la karipap yg kita amik tuh, nak amik lagi tapi staff hotel ada pulak, malu menguasai diri la time tu, kalo tak dah amik dah…

lepas tu lagi sekali nak amik, siap pura-pura nak amik gambar sebelah meja hidangan, "alamak, kosong dah rupanya tray makanan tuh" muahahahhaa…

hem, macam tu la kalo dah bosan, umur 25 tahun serupa umur 5 tahun… (bak kata adik aku, idris mohd seran…)

hum, lepas tu ada sorg filipino kena heart attack (menurut sumber yg tak leh dipercayai sgt, sebab nampak dia letak tangan antara perut & dada dia, sakit jantung ke tu?) sebab stress kot kena "serangan" bertubi-tubi participants lain…kesyiannnn…

Dscn0134_1

ahad, 11-06-2006

hari melepak sedunia, bangun lambat, sarapan lambat, dah kenyang tidur balik, bangun balik, tengok tv…golek2 depan tv…bosannya, hujan pulak tuh…sedap betul mengeram dalam bilik…

pukul 2 lebih, bersama konco2 rumah no 13, sempat mengintai  pengantin rumah jiran sebelah diarak…tema hijau…diorg tak jemput pun kita datang , so kita tengok jek la pengantin dari celah tingkap… ada dua pasang pengantin…

HARI-HARI YANG BERLALU

June 6th, 2006 by aza27

2 JUN 2006

"ila, esok ila balik kg pukul berapa?"

"lepas subuh…"

"aaa?? ila subuh kul berapa? =P"

"hahahaha…ala pukul 7 kita bertolak la kott…"

"org nk tumpang pergi pusat bandar eh?"

"ok…"

3 JUN 2006

Yus bagi sms kat aku lebih kurang pukul 4 pagi, pesan suruh bawak tudung biru atau putih… aku pun balasla… terkejut yus, sebab aku "hidup" lagi… sebenarnya aku tak dpt tidur, entah nape entah… macamla aku yang nak naik pelamin petang karang…muahahahahhaa… sebenarnya suspen kot nak jumpa kekawan, maklomla aku rasa ni first time aku jengukkan muka kat majlis reunion…

730 pagi

tiba kompleks pusat bandar pasir gudang, naik bas maju, pergi larkin…

dalam bas, berkenalan dengan seorang makcik, asal riau…aku pun xsure la betul tak, sebab cara dia cakap sama jek macam org malaysia…dia kata memang org riau sepesen dgn org malaysia…bawak beg beso, bawak kotak, diakata jenguk anak perempuan dia, baru bersalin… dia pun nak pergi pontian gak…

830 pagi

turun bas, aku jadik perempuan mithali pulak, hahaha, tolong angkat kotak, lepas tu makcik tu mintak jaga barang dia kejap, dia nak gi beli air… dia belikan aku air kotak milo, aku nak bagi duit, dia tak mo amik…tima kasihla makcik…

makcik tu terus cari bas, sebab aku nak keluarkan duit dulu…

tgk bas xde lagi, jalan2 cari majalah, waaahhh, terjumpa pulak majalah sulaman dan jahitan manik labuci idaman mak…so, aku pun belila dengan tak fikir panjang sebab dah tinggal 1 jek kat kedai tu… huhu, beratnya buku macam buku teks marketing laaa…takpela mak punye pasal…

9-930 pagi

tunggu bas, naik bas, bas gerak ke pontian…

1030/11

sampai pontian…

tunggu yus…

yus sampai, dengan ijah…

cari hadiah utk angah & najat…

1230 tghari-2 ptg

smpi umah yus, salam2 dgn mak yus…

makan…

gosok baju…

abby, mona, atikah, adik atikah dtg… (korang sorry la lama tunggu, yus tu solek lama sgt…muahahahahahaha) sebenarnya yus keja shift malam, sian yus tak sempat rehat…

230 ptg

sampai rumah angah…dah ramai rupanya bebudak & mak budak (eh, nofie sorg kan pegang title ni kat situ?)…

tak tersebut nama kat sini…

memang kecoh banget semua org, tapi memang best bila kumpul ramai-ramai…

amik2 gambo, tanya2 kabo, tuko2 contact no…

aku balik umah yus, dengan tak malunya stay umah yus walaupun yus keja malam tu…terima kasih daun keladi…

4 JUN 2006

11 pagi

tunggu teksi dekat simpang masuk kampung yus, nak pergi bus stand pontian…

1130 pagi

elly & tunang jemput kitorg kat bus stand…

130 ptg

tiba rumah najat, serbu bilik najat, amik2 gambo…

makan…. (melantak sebenarnya sebab makan macam2) =P

tengok najat sanding kejap…

tak ingatlah siapa punye idea ajak lepak kat taman permainan kanak-kanak depan rumah najat tu sebab dah takde tempat nak lepak…

tayang muka…hahaha…macam malu tapi dah terselamba pulak lepak-lepak kat situ… (nama-nama tukang lepak tak perlulah diwar-warkan sebab empunya diri mesti ingat punyalah…)

lepas tu dah tak malu sgt sebab dah ramai join…hihi…

4-430 ptg

pergi rumah qis…

qis hantar pergi larkin…

terus cari bas…

7 mlm

sampai pasir gudang…

mandi…

zzzzzzzzzz…..

ini adalah cerita tentang semalam 2

May 18th, 2006 by aza27

semalam yat datang melawat office aku, (kami, actually)…

semalam memang hari mengulor sedunia sebab konon-konon aku kena entertain yat lah kan sebagai tetamu… =P

minggu lepas, masa makan-makan kat hassan ong, mr sz suh yat datang sini, sebab site team nak lawan badminton… saja release tension kot, sebab project kat TR pun dah abis dah…

semalam makan tengahari free, sebab ada weekly meeting, mr sz boleh pulak cakap dekat yat, "yat, ko nak tau si aza ni tak pernah-pernah call aku nak tanya pasal order makan, tapi bila engko datang, dia nak order pulak, engko dtg la selalu yat, nanti kita boleh makan-makan selalu camni…"

semalam, yat bawak pelam epal, sangat masam, tapi sangat sedap… (sebenarnya nak bagitau ayat tamak kat yat, nape tak bawak banyak-banyak…tapi malu-malu kucing lahhh)…hihi… aku pun kupaslah, tengah kupas, boleh pulak ada orang request nak kicap + cili api + gula = pencicah utntuk pelam tu…so, aku dengan yat pun pegila kantin…mula-mula konon nak cari kicap pastu mintak cili api kat makcik kantin, tapi dah terjumpa pulak sambal kicap, so ambikle masuk dalam plastik, then tanya akak kantin, "kak, amik sambal kicap segini kena bayo x?" akak kantin kata takyah…

semalam, sempat tengok cd cerita "a moment to remember" kat pc… cerita korea…best…

semalam, pukul 6 ptg, inspectors berura-ura nak beli makanan kat kantin, lepas tu dipendekkan cerita, aku bagi nombor akak kantin, zana 012-763XXXX dekat wak nuar, lepas tu wak nuar buat order… aku & yat join sekali (perut buaya betul!!)… pukul 620 ptg, aku & yat pegi kantin, amik makanan yang kami order tu, walaupun ramai org lelaki kat situ, tapi aku buat muka tak malu walaupun aku ni pemalu sebenarnya, hahaha… (makan punya pasal, malu tolak tepi sekejap…)

semalam, pegi taman rinting, memanaskan bangku penonton jek… tengok kaum lelaki main badminton dengan semangat waja… aku, biasalah jadik jurugambo tak profesional… hummm… mr sz kata tak reti main, siap psiko pihak lawan, tapi tengok boleh tahan gak dia main badminton… first set, dia & kalid kalahkan wak naha & abg ash… humm… macam-macam betul diorg ni, tapi sepanjang keja dengan team ni memang sangat best, jarang stress… lagipun ni dah disahkan oleh semua seniors, client team kali ni memang sangat sporting dan best!!

semalam aku balik tumpang ayu, balik rumah lepas buat apa-apa yg patut, aku konon-konon nak baring kejap then nak buat "sesuatu" tapi bila bangun jek, laaahhh…dah pagi rupanya!!! alahai macamlah aku yang main badminton ekk…punyalah penat konon…

Badminton_042

Puan_aza_ayu Puan_yat_aza_1

Badminton_020

layan blues…

May 16th, 2006 by aza27

sedang ingin bercinta

setiap ada kamu mengapa jantungku

berdetak lebih kencang…seperti genderang mau perang…

setiap ada kamu mengapa darahku

mengalir lebih cepat dari ujung kaki ke ujung kepala

setiap ada kamu otakku berpikir

bagaimana caranya untukku berdua bersama kamu…

reff:

AKU SEDANG INGIN BERCINTA KARENA
MUNGKIN ADA KAMU DISINI…AKU INGIN…

perasaanku tentang perasaanku padamu


hai cinta
dengarkanlah
aku ingin bicara
tentang aku dan kamu
tentang cintaku padamu

reff:
BERSAMAMU
KURASAKAN CINTA
BERSAMAMU
KUMERASA RINDU
BERSAMAMU
KU BISA
JATUH HATI
BERSAMAMU
KURASAKAN SESUATU
YANG TAK PERNAH KURASAKAN
SEBELUMNYA

ini hanya teriakan perasaanku
tentang perasaan ku
kepada dirimu yang semakin hari semakin menjadi jadi
hatiku sudah memilih kamu menjadi separauh nafasku dan
separuh jiwaku
kamu menjadi bagian hidupku
aku memang wanita
yang pernah mencintai seribu lelaki
dan misterinya
tapi memang begitu berbeda
bersamamu aku merasakan cinta yang lain

Wan

cerita tentang makan

May 11th, 2006 by aza27

Semalam Sumandak-A Site Team (Topside & Jacket), seramai lebih kurang 20 org termasuklah aku, pergi makan-makan kat Restoren Hassan Ong, Kota Tinggi… sempena siapnya Sumandak-A Jacket…

Aku menumpang kasih kat abg Ash, terima kasih daun keladi, sebab bagi tumpang kereta, walaupun kereta dia dah sezen, tapi oranglain npk mesti jeles, sebab walaupun buruk, tetap ada awek berkenan nak tumpang…hahahaha…

Waaahhhh…Sedap betullah makanan kat situ… Meh tengok senarai yang sedap-sedap tu… sup sirip ikan yu, ikan siakap 3 rasa (agaknyelah, takpun siakap masam manis), udang goreng nestum, sotong goreng tepung, ketam masak cili, sayur kangkung, cap chai, lagiiiiii…..haaaa…rusa masak kicap (agaknye la kot sebab hitam jek kaler, aku mana tau, tau makan jekkk..), eh ade lagi, ayam masak ape ntah ekkk…

Sedapnya…yang menambahkan sedap tu sebab tak kena bayar, kan?? hahaha…

* Agree with me, Yat? hihi…

Img_0015

THE RING

May 8th, 2006 by aza27

The_ring_001

a pic worth a thousand words…

HARI MALAS SEDUNIA (SEBAB MR SZ BALIK KL)

April 28th, 2006 by aza27

Boss on leave hari ni… sebab dah 2 minggu tak jumpa bini (ni dia yang kata eh, aku quote jek)… Hari-hari dia bergayut dengan anak-anak & bini dia, waaahhh, bapak penyayang…sekejap kang cakap dengan anak bongsu, kejap kang dengan anak sulung….huhuhu, jeles, nak anak gak!!!

Oleh sebab Boss tak ada so, memang tahap motivasi bekerja pada hari Jumaat yang berbahagia dan cerah ini menurun ke tahap paling bawah sekali, sebab seingat aku, aku cuma update some files jek pastu e-mail kat kak aidah, KLCC… itu pun sebab dah urgent, so dengan sepantas kilat aku buat…lepas tu kejadian seterusnya tak terakam pulak kat otak aku ni…

Lepas tu pulak aku SAKIT GIGI yang amat ni!!!!!!!!!!!!woooooo…tolonggggg!!!! gigi bongsu belah kanan bawah nak tumbuh tuuuu…huhuhu..nak makan punyalah siksa, tapi terpaksalah makan gak sebab nanti kesian la perut, lapar karang dia… kepala pun berdenyut-denyut ni tahan sakit, kalau tak tahan aku MC la esok… leher pun macam rasa tegang jek ni… tapi ada la sorang tu yang buat-buat tak paham bahasa, lagi nak memainkan aku ehh…ada yang kena penampar jepun karang kalau silap timing…

Tak lama kemudian, Ina (Skynet JB) telefon, diakata, suruh aku faks Shipper’s declaration untuk barang yang aku nak hantar ke Sabah tu…Eh, kelmarin aku hantar parcel lagi besar tau tapi guna perkhidmatan Citylink la, ke Sabah jugak, tak suruh declare papepun…hummm…agaknya memang procedure Skynet macam tu la kottt…takut tah anto bom ke apa…aku manala tau, aku bukan kerja kat sykt courier service…dipendekkan serita aku pun fax ajelah ke nombor faks yang Ina tu bagi, ntah sape Ina tu bukan aku kenal pun…hehehehe…hummm…harap-harap barang tu sampai la sebelum esok ke tangan orang yang aku tujukan…kalau tak, lambat lagila dia nak merasa pisang montel kuning dengan kuih koci berbalut daun pisang hijau tu…hehehehe…

** ada ke dia marah aku, dia kata aku buat cerita pasal parcel tu, memangla, konon nak surprise tapi aku takut la pulak karang tak sampai kat dia, aku pun buat la cerita konon2 ada kawan dia kirimla, dan barang itu ialah, pisang montel kuning dengan kuih koci berbalut daun pisang hijau…hahahaha…

** tapi dia tak percaya, so aku pun beritahulah perkara sebenar…akulah org yg bagi, barang nye ialah T-shirt kaler kuning dan hijau…hihi…

Aduhhhh, makin pening kepala aku ni la, nak abiskan setandan sebiji pisang ni pun tak larat laaahhhh…aduussss…nak tidur….

hummm…tak sabar nak tunggu hari esok, nak balik kampung!!! nak jumpa mak bapak & adik2 aku yg gonjol tuh…hehehe…

APAKAH TAJUKNYA??

April 27th, 2006 by aza27

dah tak tahu dah nak merepek apa, tapi gatal lah tapak tangan nie nak menaip  kat sini… =P

Img_3147_1

"selalu xdpt amik gambo sama dia sbb kalo kuar dua org, sape yg nak jd cameraman…"